skip to main  |
      skip to sidebar
          
        
          
        
Tips Menjaga Kesehatan Diri ala Rasulullah

 
  1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
 
 Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi 
melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah.
 
 Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan 
pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit 
tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
 
 2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
 
 Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda
 mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai 
minyak wangi.
 
 “Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut 
bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai 
harum-haruman.” (HR. Muslim)
 
 3. TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
 
 Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak 
makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak 
sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
 
 Dalam tubuh manusia ada 
tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air 
dan sepertiga lainnya untuk makanan.
 
 Bahkan ada satu pendidikan
 khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi 
menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
 
 4. GEMAR BERJALAN KAKI
 
 Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi 
rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka
 dan peredaran darah berjalan lancar.
 Ini penting untuk mencegah 
penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki 
kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di 
hadapan tempat yang hendak kita pergi.
 
 5. TIDAK PEMARAH
 
 Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini 
menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada
 jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
 Ada terapi yang tepat 
untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, 
bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka 
perlu berbaring.
 Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu 
daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan solat dua rakaat bagi 
mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.
 
 6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
 
 Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan 
jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta 
tawakkal kepada Allah s.w.t.
 
 7. TIDAK PERNAH IRI HATI
 
 Bagi menjaga kestabilan hati dan kesehatan jiwa, semestinya kita perlu 
menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari 
sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
 
 8. PEMAAF
 
 Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman 
hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada 
dibelenggu rasa kemarahan.
Islamic Motivation
 
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
  
  
2 komentar:
masyaalllah..
betapa kita tidak ingin untuk menyakiti hati beliau
semoga kita bisa istiqomomah menjalankan tips sehat ala rasulullah
sangat bagus untuk dibaca makasih ya kak ijin share
resep apple pie goreng
Posting Komentar
Silahkan tinggalkan komentar anda termasuk kritik dan saran anda. Terima kasih banyak atas kunjungannya. ^_^